Iklim
Cuaca di Negara Brunei Darussalam ialah tropikal atau ekuatorial yang bercirikan
suhu tinggi, lembap dan memperolehi hujan di sepanjang tahun. Tidak ada kejadian
musim yang ganjil berlaku tetapi iklimnya ditentukan oleh dua angin monsun yang terhasil
oleh takungan tekanan rendah yang digelar Zon Pertemuan Inter-Tropikal, dan angin-angin
ketimuran. Monsun timur laut yang bertiup dari November hingga Mac dan Monsun barat
daya dari April hingga Oktober.
Purata suhu udara adalah 28°C dengan bulan-bulan November hingga Januari
akan menjadi lebih sejuk sedikit. Purata penurunan hujan ialah 2,800mm setiap
tahun. Relatif kelembapan pula adalah tinggi di sepanjang tahun, berpurata 93%.
Selama ini tidak ada pernah berlaku taufan, gempa bumi, atau kejadian banjir yang
sangat teruk di negara ini.