
 |


| Pembentukan
Jabatan Perhutanan | Permulaan
Industri Hutan | Akta
Hutan 1934 | Ketua
Jabatan | Hutan
Simpanan |
Ketua-Ketua Jabatan Perhutanan
Pegawai Hutan Negeri yang
pertama ialah J.S. Smith, yang ditukar untuk sementara dari Perkhidmatan Hutan Negeri-Negeri
Melayu Bersatu. Ini diikuti dengan penggantinya seorang British yang juga ditukarkan
dari Perkhidmatan tersebut sehingga 1950, apabila ketua-ketua datang dari Sarawak.
Cara lama yang melantik Pegawai-Pegawai Hutan Negeri dari Perkhidmatan itu berulang
semula dari 1950 sehingga 1960. Bagaimanapun, the secondees? adalah seorang Melayu.
Selepas ini, Pegawai-Pegawai Hutan Negeri sekali lagi seorang British yang datang
dari Bahagian Ke-4 dan Ke-5 Sawarak. Empat dari Pegawai Hutan Negeri di Brunei pada
masa itu adalah diperlihatkan di bawah:

Gelaran, Pegawai Hutan Negeri telah ditukarkan kepada Conservator
of Forests pada 1967.
| Rakyat Brunei pertama yang menjadi ketua Jabatan Perhutanan ialah Awang
Haji Mahari bin Mohd. Said yang telah menggantikan pada 1973. Nama jawatan
juga ditukarkan menjadi Pengarah Perhutanan apabila agensi ini menjadi Jabatan
Perhutanan selepas Hari Kebangsaan pada 1984.. |
|
|
|
Awang Haji Mohd. Yassin bin Ampuan Salleh telah mengambil-alih
sebagai Pengarah dalam 1986. Di bawah kepimpinannya yang berwawasan, Jabatan Perhutanan
telah memasuki era yang begitu dinamik dan progresif di dalam sejarahnya yang lama.
Beliau memperkuatkan kemampuan profesional Jabatan ini dengan mengambil pegawai-pegawai
ekspatriat yang berkelayakan tinggi, dan pada masa yang sama, menghantar kakitangan
dalam jabatan untuk melanjutkan lagi pelajaran mereka. Dasar Perhutanan Kebangsaan
baru telah pun dirangka pada 1989. Ini diikuti oleh rancangan Strategik Perhutanan,
yang berasaskan dari Dasar Perhutanan yang baru dan Rancangan Induk Negara yang baru
disediakan. Projek-projek pembangunan perhutanan kemudiannya mula untuk diprogram
dan dilaksanakan. |
| Dato Dr. Haji Morni bin Othman, iaitu Pengarah Pertanian
telah memegang jawatan itu pada 1990. Dengan tidak melengahkan waktu, beliau telah
menyambung pelaksanaan projek-projek perhutanan yang telah diprogram di bawah Rancangan
Kemajuan Negara Ke-6, dengan cara yang lebih agresif dan berani. Pada ketika itu,
Perhutanan menjadi lebih terkenal dan dikenali di dalam dan di luar negeri, terutama
sekali megenai perkara pengurusan lestari sumber semula jadi dan pemeliharaan hutan. |
|
|
|
Pada 1995, Haji Mohd. Yassin bin Ampuan Salleh kembali
selepas bertugas sebagai Pengarah Pertanian dan meneruskan kepimpinannya kepada Jabatan
demi kepentingan negara dan kecemerlangan di peringkat dunia. Beliau telah pun bersara
pada bulan Mei, 1997.
Jawatan
Pengarah Perhutanan kemudiannya diganti oleh Pemangku Pengarah, Awang
Haji Abdul Rahman bin Haji Chuchu, seorang lagi pegawai perhutanan tempatan
yang profesional. |
|
Sejak 1986, Jabatan juga telah mempunyai Pemangku Pengarah tempatan, pegawai perhutanan
Awang Haji Hafneh bin Mohd. Salleh.
Beliau telah bersara pada 1994. Jawatan ini kemudiannya dipegang di dalam tugas memangku
oleh pegawai-pegawai atasan Kementerian, termasuklah Awang
Dr. Mohd. Yussof bin Haji Mohiddin, Penolong Pengarah Pertanian. Pada bulan
Oktober 1996, Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Chuchu,
telah dilantik sebagai Pemangku Pengarah Perhutanan. Setelah beliau menjadi Pengarah
Perhutanan, pegawai kanan yang lain dari Kementerian, Pengiran
Haji Ibrahim bin Pengiran Mohd. Salleh, telah dicalonkan sebagai Memangku
Pemangku Pengarah. Dalam hujung tahun 1997, beliau telah bertugas sebagai Pemangku
Pengarah Perhutanan apabila Awang Haji Abdul Rahman pergi cuti kerana meneruskan
pelajaran beliau. Sejak Januari 1998, Ahli Silvikultur di Jabatan Perhutanan, Awang Haji Saidin bin Salleh, telah dilantik untuk Memangku
Pemangku Pengarah Perhutanan.
|

Awang Haji Hafneh
bin Mohd. Salleh
|

Awang Dr. Mohd.
Yussof bin Haji Mohiddin
|

Awang Haji Abdul Rahman bin Haji Chuchu
|
|
|