Pembentukan Jabatan Perhutanan
Jabatan Perhutanan adalah satu daripada agensi-agensi kerajaan yang tertua ditubuhkan
di dalam Negara Brunei. Peranan utama hutan-hutan pada ketika permulaan pembangunan
ekonomi negara memaksa terdirinya Pejabat Hutan dalam Mac 1933, bertapak di Kuala
Belait, di mana kebanyakan pembalakan hasil hutan dijalankan.
Selepas itu, pengeluaran balak dan hasil hutan yang lain bergerak menuju ke arah
timut negara ini, terutama di dalam hutan-hutan bakau dan hutan bukit di Temburong.
Dari itu, ibupejabat Jabatan ini dipindahkan ke Bandar Brunei, sekarang Bandar Seri
Begawan, pada 1954. Jabatan ini menubuhkan dan mengoperasikan pangkalan-pangkalan
pemeriksaan di setiap daerah di keempat-empat daerah; yang biasanya disertai dengan
Pejabat Daerah.
Pada 1986, Pusat Penyelidikan Hutan telah dibangunkan di Sg. Liang Daerah Belait.
Ini pun kemudiannya diperbesarkan agar dapat menampung semua operasi-operasi ladang
Jabatan, dari itu menjadikan Pusat Perhutanan Brunei di Sg. Liang pada 1992.
Pada tahun yang sama, ibupejabat Perhutanan di Jalan Roberts Bandar Seri Begawan
telah berpindah ke Plaza Athirah, bangunan persendirian di dalam Seri Kompleks Perdagangan.
Jabatan Perhutanan berada di bawah Kementerian Pembangunan sehingga tertubuhnya Kementerian
Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama pada 1989. Kementerian baru ini mempunyai Jabatan-Jabatan
Pertanian, Perhutanan dan Perikanan, dan kemudiannya Unit Industri. Bangunan baru
Kementerian di Jalan Menteri Besar di Bandar Seri Begawan ini telah siap dibina pada
1995, dan bermula dalam bulan Mac 1996, ibupejabat Perhutanan telah berpindah ke
bangunan tersebut.