The Government of Brunei Darussalam


| Pengenalan | Bakau | Paya Air Tawar | Paya Gambut | Kerangas | Campuran Kaum Damar | Montane |


Hutan Bakau


Hutan-hutan ini terdapat secara eksklusif di pesisiran pantai dan sungai yang bertanah serta masin yang mengalami perubahan pasang surut air laut dan selalunya boleh dibezakan dengan jelas dari hutan paya gambut yang mana biasanya ia bersempadan. Kira-kira 4% dari semua hutan di negara ini adalah bakau. Jenis hutan ini seterusnya dibahagikan lagi kepada :


Hutan Bakau

Hutan bakau ini hampir keseluruhannya dipenuhi oleh satu jenis spesis saja - bakau minyak (Rhizophora apiculata). Ia merupakan hampir 50% dari jumlah hutan bakau di Daerah Temburong. Spesis ke-dua, bakau kurap (Rhizophora macronata) juga ada tapi sekali sekala saja, terutamanya di sepanjang pinggir kuala-kuala dan caruk-caruk sungai.


Hutan Nyireh Bunga

 
Nyireh bunga (Xylocarpus granatum) boleh terdapat hidup bersama-sama dengan bakau minyak, atau di dalam hutan-hutan yang sama yang lebih besar terutama sekali di atas tanah yang jarang ditenggelami air. Timbunan-timbunan tanah udang galah besar selalunya ditutupi oleh pohon paku-pakis (Acrostichum aureum) dengan banyak sekali. Dirian hutan-hutan yang hampir keseluruhannya nyireh bunga boleh ditemui di Selirong dan Hutan Simpan Labu.


Hutan Linggadai

Linggadai (Bruguiera gymnorrhiza) ialah satu-satunya spesis dari genus yang terpenting di dalam hutan-hutan bakau di Temburong. Di Sarawak, banyak atau dirian hutan yang tidak bercampur-campur tiga spesis lain (B. caryophylloides, B. parviflora dan B. sexangula) boleh ditemui, tapi di Brunei spesis-spesis ini sama ada tidak wujud atau jarang-jarang berlaku. Hutan linggadai yang tidak bercampur-campur boleh dijumpai dalam kelompok-kelompok kecil di Hutan Simpan Labu, terutama sekali di sepanjang saliran Sg. Sipuyut.


Hutan Nipah

Tumpuan-tumpuan asli palma di tebing-tebing sungai dan zon-zon riparian di kawasan-kawasan pantai. Ini dapat ditemui di sepanjang tanah-tanah rendah di sungai-sungai Pendaruan, Temburong dan Labu, dan di sepanjang tebing-tebing hiliran sungai-sungai Tutong dan Belait.


Hutan Nipah-Dungun

Hutan nipah bersama dungun (Heritiera globosa) yang bertingkat-tingkat, yang boleh mencapai ukuran yang begitu besar. Ini terjadi pada had tertinggi yang dapat dicapai oleh perubahan kemasinan air, khususnya di sepanjang Sungai-Sungai Temburong dan Labu. Menuju ke arah had-had sungai yang lebih bawah pembahagiannya, buta buta (Excoecaria agallocha), linggadai dan beberapa bakau mungkin wujud.


Hutan Pedada

Sejumlah kecil tumbuh-tumbuhan yang rumpun, pedada (Sonneratia caseolaris) terdapat pada tanah yang baru termendap di sepanjang pinggir Sungai Temburong dan Labu. Spesis ini adalah lebih terkenal di Kuala Labu Temburong.


Hutan Nibong

Palma nibong (Oncosperma tigillarium) yang panjang lagi berduri ialah spesis bakau yang di pertengahan, terdapat dalam kawasan setempat yang kecil kepada ukuran yang sederhana berkelompok-kelompok di bahagian perbatasan arah darat hutan bakau terutama sekali di sungai setempat yang lebih tinggi.

   
 


||
Khazanah Unik | Hutan Kita | Pengagihan | Balak Komersil | Hasil Tradisional Dari Hutan | Habitat Yang Dilindungi | Flora dan Fauna Liar ||

||
Negara | Tahun-Tahun Awal | Hutan | Industri Perhutanan | Perhutanan Masa Hadapan | Asas Perundangan | Perkembangan | Pelan Strategik | Rancangan | Ulasan | Polisi Pembangunan | Kelebihan | Maklumbalas ||

||
Halaman Utama | Kerajaan | Kementerian dan Jabatan | Mengenali Brunei | Berita On-line | Hubungan | Halaman Yang Berkaitan ||