Hutan Paya Air Tawar
Hutan paya air tawar adalah pada asasnya pertalian yang kompleks, bergantung
ke atas keadaan-keadaan ekologi setempat yang berubah-ubah. Ia membangun di lembah-lembah
dan sepanjang laluan air yang mudah dilanda banjir, dan biasanya jenis hutan yang
seterusnya membangun di belakang paya-paya bakau. Dalam jarak yang tidak jauh (iaitu
hanya beberapa meter), tanda perubahan dari segi struktur dan kandungan hutan ini
adalah nyata. Dibanjiri oleh air tawar, kerana itu pemendapan dan hakisan aluvium,
adalah keadaan yang paling utama, tapi peringkat dan kekerapan kejadian banjir boleh
menyebabkan perubahan yang ketara di kawasan ekologi setempat. Hutan jenis ini merupakan
hampir 3% dari keseluruhan hutan di Brunei.
Hutan-hutan air tawar hanya terdapat di Daerah Belait dan Tutong.
Empran (Hutan di atas Aluvium Tetambak)
Di tempat ini dikenali sebagai emparan, hutan paya air tawar di atas aluvium tetambak
kebanyakannya terjadi dalam jalur yang kecil (100 hingga 200 m) di sepanjang Sungai
Belait, tetapi ia lebih meluas di pertengahan kawasan di beberapa sungai terutama
sekali di dalam Hutan Simpan Bukit Labi. Tanah di sana mempunyai potensi bagi kegunaan
pertanian. Hutannya mempunyai pokok-pokok tinggi yang sederhana tebal dan beberapa
spesis yang ketara ialah kaum damar, yang boleh mencapai ukuran yang besar. Pokok-pokok
yang lazim termasuklah spesis kawang (Shorea macrophylla dan S. seminis)
dan juga Shorea bracteolatus. Spesis yang bernilai untuk balak adalah spesis
belian (Potoxylon zwageri) dan merbau (Intsia palembanica) juga ada
jarang ditemui. Epiphytes? dan tumbuh-tumbuhan memanjat adalah banyak sekali dan
tanahnya kaya dengan flora dari palma-palma dan pohon-pohon halia.
Aluvium yang Bukan Arboreal
Ia terdapat di sepanjang sungai-sungai dan anak-anak sungai, selalunya zon yang
lebar di belakang aluvium yang berat. Tumbuhannya adalah bukan arboreal, mengandungi
kumpulan-kumpulan rusiga yang lebat (spesis-spesis Mapania) dengan rumpunan
palma berdaun kipas, Licuala spinosa di perbatasan dan pokok-pokok renek yang
tebal, Eugenia densiflora.
Aluvium Sub-Arboreal
Serupa dengan hutan yang bukan arboreal, kecuali ia mempunyai kawasan dirian
pokok-pokok kecil yang sederhana tebal, yang mana kebanyakannya dalam bentuk yang
kurang baik. Banyak pokok-pokok mempunyai banir, stilt roots?, atau pneumatophores?,
dan termasuklah Horsfieldia irya, Pternandra coerulescens, Sapium indicum,
dan juga banyak spesis ara (spesis-spesis Ficus). Walaupun permukaan tanahnya
lebih kurang merata, timbunan tanah di bawah-bawah pokok, di mana aluvium telah berkumpul,
adalah mudah dilihat.