The Government of Brunei Darussalam


| Pengenalan | Bakau | Paya Air Tawar | Paya Gambut | Kerangas | Campuran Kaum Damar | Montane |


Hutan Paya Gambut


Hutan-hutan ini adalah pembentukan semula jadi dari paya-paya air tawar di mana daun-daun yang berguguran berkumpulan telah meningkatkan tanah paya kepada bentuk lengkung atau lensa, yang mana bahagian atasnya adalah di atas paras banjir biasa. Lengkungan ini boleh mencapai 20m, tebal dan merentangi sejauh 17 km dari satu arah.

Sekurang-kurangnya sembilan fasa komuniti kebanyakannya terjadi di dalam catenary. Atau urutan bulatan sepusat dari sempadan setiap individu paya ke pusatnya. Tetapi urutan penuh ialah hanya wujud di dalam paya-paya gambut yang secara relatifnya sangat lama dan sudah berkembang. Catena ini berhubungkait kepada struktur paya-paya itu sendiri. Ini menunjukkan keadaan-keadaan pengurangan kesuburan di dalam tanah-tanah paya, akibat dari penghapusan zat-zat tanah oleh hakisan di permukaan tanah dalam satu waktu di mana paya gambut ini terbentuk dan dari penahanan zat-zat tanah di dalam paya itu sendiri pada waktu yang sama. Hutan-hutan paya gambut adalah jenis hutan ke-dua paling dominan (selepas hutan campuran kaum damar), yang memenuhi kira-kira 20% dari keseluruhan hutan di negara ini.

Hutan Paya Gambut boleh dikategorikan seperti dibawah:-


Peralihan Hutan Bakau - Paya Gambut

Zon pembezaan di antara hutan bakau dan paya gambut ada bertandakan oleh had kedalaman pasang surut air masin. Ini dengan nyata ditentukan oleh spesis-spesis bakau atau campuran bakau yang telah bertukar dalam jarak kurang dari 100m oleh spesis-spesis yang tidak dapat bertahan hidup dalam air yang kehitam-hitaman. Tanah-tanah bakau adalah cenderung kepada tanah liat berlumpur yang lembut. Timbunan-timbunan tanah udang galah yang diliputi oleh daun paku-pakis piau (Aerostichum aureum) dengan banyak sekali. Pokok-pokok yang berumur dari Rhizophora apiculata dan Bruguiera gymnorrhiza terdapat berdekatan dengan sempadan, akan tetapi di penghujung had kedalaman air, peralihan spesis seperti Myrsine umbellulata, Glochidion littorale, Allophyllus cobbe, Intsia bijuga dan Pandanus affinis ada dengan lebih umum. Palma, khususnya Cyrtostachys lakka dan Licuala spinosa juga banyak, dengan rumpunan yang jarang sekali ditemui, Salacca conferta.


Perkumpulan Ramin-Pulaie

Hutan paya gambut di mana spesis-spesis yang paling banyak adalah ramin (Gonystylus bancanus) dan pulaie (Alstonia pneumatophora).


Hutan Jongkong

Beberapa kelompok di dalam hutan-hutan paya gambut, terutamanya di sepanjang saliran sungai Tutong, yang paling dominan adalah dirian pokok-pokok jongkong (Dactylocladus stenostachys) yang suka berumpun-rumpun.


Hutan Terentang

Penguasaan pokok-pokok terentang (Campnosperma coriacea) ini boleh disaksikan dengan jelas khususnya di kawasan-kawasan cebisan paya yang cetek dari ketebalan asas yang rendah di daerah-daerah Tutong dan Brunei-Muara. Ini membuktikan pembangunan peringkat awal hutan-hutan paya gambut.


Hutan Alan

Alan atau dikenali dengan nama setempat, seringawan (Shorea albida) adalah spesis yang mempunyai ciri, satu-satunya yang paling banyak dan pokok yang berkelompok-kelompok di merata-rata tempat di hutan-hutan paya gambut di saliran daerah Belait. Penyebarannya adalah begitu terhad di pantai utara Borneo dari Sungai Sambas di Kalimantan Barat bahagian barat, hingga ke paya gambut Baram Belait yang unggul di sebelar timur, dengan sebahagian kecil kawasan-kawasan yang jauh yang tidak banyak bezanya di saliran daerah Tutong, dan di ulu-ulu Sungai Mendaram yang hampir menuju arah selatan Sarawak. Hutan alan terletak berdekatan dengan perbatasan-perbatasan, dan terbentang luas menuju ke kawasan tengah, dataran darat berpaya di atas paya-paya tinggi yang sudah lama terbentuk.


Hutan Alan Bunga

Pokok-pokok Shorea albida mempunyai kanopi tinggi lagi lebat, tetapi silaranya adalah berukuran sederhana, yang membandingkannya dengan pokok-pokok alan yang besar menonjol seperti yang dinyatakan di atas. Spesis lain yang utama ialah keruntum (Combretocarpus rotundatus) dan ramin (Gonystylus bancanus). Spesis-spesis seperti Shorea pachyphylla, spesis Calophyllum dan Ganua curtisii juga wujud dalam jumlah yang sedikit.


Hutan Padang Alan

Struktur yang serupa seperti jenis di atas tetapi biasanya kanopinya lebih rimbun dan terdiri dari pokok-pokok yang lebih kecil.


Hutan Campuran Padang

Hutan alan dengan kelompok-kelompok berjarak yang bercampur-campur dari padang yang bukan arboreal. Dari segi ekologi, ia adalah perkumpulan yang sama dari Shorea albida - Litsea - Parastemon. Jenis spesis lain padang yang bertambah termasuklah Combretocarpus rotundatus, Calophyllum ardens, Litsea crassifolia dan Melanorrhoea macrocarpa dan Cratoxylum glaucum.


Hutan Padang Keruntum

Berlaku di ulu-ulu sungai yang jauh di Sg. Pendaruan, juga di Sg Mendaram. Hutan ini hampir kesemuanya terbuka dengan permukaan paya yang terdedah. Ketumbuhan semua spesis, kedua-dua arboreal dan bukan arboreal adalah terbantut. Pokok-pokok keruntum yang kecil adalah yang kerap ada, dan pohon-pohon jongkong dan Garcinia cuneifolia yang tumbuh terbantut adalah banyak sekali.

   
 


||
Khazanah Unik | Hutan Kita | Pengagihan | Balak Komersil | Hasil Tradisional Dari Hutan | Habitat Yang Dilindungi | Flora dan Fauna Liar ||

||
Negara | Tahun-Tahun Awal | Hutan | Industri Perhutanan | Perhutanan Masa Hadapan | Asas Perundangan | Perkembangan | Pelan Strategik | Rancangan | Ulasan | Polisi Pembangunan | Kelebihan | Maklumbalas ||

||
Halaman Utama | Kerajaan | Kementerian dan Jabatan | Mengenali Brunei | Berita On-line | Hubungan | Halaman Yang Berkaitan ||