Hutan Kerangas
Hutan 'heath' tropika dikenali dengan nama tempatan sebagai kerangas, terdapat
di tanah-tanah yang tidak subur dan dasar yang miskin berasal dari batu-batuan induk
bersilika, yang mana biasanya dilapisi oleh tanah berpaya yang nipis, kecuali di
kawasan-kawasan yang terhakis.
Hutan Pleistosen Belait
Di daerah Belait, kawasan-kawasan hutan kerangas yang paling luas, terletak di
teres-teres sungai pleistosen yang kebanyakannya mengandungi batu kerikil. Teres-teres
ini kelihatannya hampir rata, atau dengan bentuk muka bumi yang beranak bukit yang
kecil, dengan tekanan-tekanan rendah yang meluas di mana paya telah terkumpul. Shorea
albida adalah spesis utama yang dominan. Spesis-spesis biasa lain yang mempunyai
tingkat yang lebih tinggi termasuklah Dryobalanops rappa, Combretocarpus
rotundatus, Amoora rubiginosa dan Parishia maingayi, yang mana
kesemuanya adalah dari hutan-hutan paya gambut. Di atas podsolised soil, selalunya
dengan lapisan tebal 'mor', Dipterocarpus borneensis, Melanorrhoea beccarii
dan Cratoxylon glaucum wujud. Beberapa spesis tolong (Agathis borneensis)
juga ada ditemui.
Hutan Tolong (Kuarternari Belait)
Ditemui di Bt. Puan dan terbentang dari Badas hingga Sg. Mau. Pokok-pokok tolong
mempamerkan penonjolannya bersama-sama dengan Dipterocarpus borneensis dan
Cotylelobium burckii.
Hutan Kapur Paya
Ia adalah peralihan di antara hutan paya gambut dan hutan kerangas seperti di
Hutan Simpan Anduki, di dalam mana Dryobalanops rappa adalah yang terbanyak
sekali.
Hutan Ru (Teres-Teres Pasir Putih Marin)
Ia ditemui di sepanjang jalan pesisiran pantai dari Muara hingga Tutong, yang mengikuti
garis teres-teres marin sejauh Jerudong. Hutan ini banyak mempunyai pokok ru (Casuarina
nobilis).
Kerangas Mountain
Kebanyakannya boleh didapati di daerah Temburong, khususnya di atas permatang-permatang
Bt. Peradayan, Bt. Patoi, Bt. Biang, Bt. Telugong, Bt. Gelagas dan Gunung Pagon Priok.