Ia adalah sejenis hutan yang paling dominan di dalam hutan-hutan bukit Brunei,
terdiri sekurang-kurangnya 41% dari keseluruhan hutan negara ini. Ia juga adalah
jenis hutan yang paling seragam tapi juga yang begitu kompleks sekali. Keseragaman
terletak pada strukturnya dan fisionomi -tebal, hutan tinggi yang bertingkat-tingkat
dengan kanopi yang tidak rata. Kerumitannya adalah dimanifestasikan oleh kekayaan
flora yang mengkagumkan.
Hutan Perkumpulan Tanah Rendah
Termasuk campuran kaum damar ditemui di permukaan bumi yang rendah di Hutan-Hutan
Simpan Bukit Labi, Bt. Ladan, Andulau dan hutan-hutan Temburong. Jenis ini biasanya
kurang tebal, khususnya di atas tanah-tanah aluvium, walaupun tidak berpaya air tawar.
Hutan Bukit
Ia merupakan jenis hutan yang sangat dominan di seluruh Brunei Darussalam.
Ia mempunyai taburan yang serupa seperti jenis hutan tanah rendah kecuali, tumpuan-tumpuan
utama kaum damar ada ditemui di bukit-bukit Labi, Ladan, Andulau dan di kawasan-kawasan
Temburong.
Hutan Campuran Tanah Tinggi
Hutan campuran tanah tinggi didapati di permatang-permatang gunung yang tinggi
di Retak dan Tudal, dengan altitud melebihi 800m di atas paras laut. Ketinggian kanopi
pokok ialah kira-kira 30 hingga 40m. Biasanya pokok-pokok berukuran sederhana tapi
bersama-sama dengan pokok-pokok besar yang menonjol berlaku dalam satu atau berkumpulan.
Kaum damar menguasai kanopi yang lebih tinggi. Di atas permatang-permatang, pokok-pokok
besar Shorea flaviflora adalah begitu lumrah, dan di lereng-lereng ada terdapat
pokok-pokok meranti kuning (terutamanya Shorea faguetiana). Tiada pokok-pokok
kapur dan selangan batu ditemui di sini. Pokok-pokok meranti merah (khususnya Shorea
ferruginea) tidak mencapai ukuran yang besar. Parashorea parviflora, yang
mana biasanya jarang ditemui di hutan kaum damar lain adalah begitu menonjol di sini.
Pokok-pokok yang bukan dari kaum damar termasuklah Koompassia macrocarpa,
Alseodaphne bancana dan Melanorrhoea macrocarpa, yang jarang dijumpai
diperkumpulan-perkumpulan campuran kaum damar di aras ketinggian rendah. Had tertinggi
kaum damar dari kumpulan ini ialah kira-kira pada 1,000 m.