The Government of Brunei Darussalam


| Pengenalan | Bakau | Paya Air Tawar | Paya Gambut | Kerangas | Campuran Kaum Damar | Montane |


Hutan Montane

Hutan ini terjadi di ketinggian yang melebihi 760m. Ia hanya terbatas di daerah Temburong. Pokok-pokoknya jarang mencapai ketinggian lebih dari 15 m, dan kecil lagi nipis dengan lapisan-lapisan tumbuhan yang tebal, termasuklah pada kebanyakan palma. Dahan-dahannya adalah kaya dengan dilangsiri banyak lumut, liverworts dan liken-liken. Jenis ini boleh dikategorikan kepada montane rendah (campuran spesis perkumpulan tolong dan Shorea coriacea); dan jenis montane Tinggi (fasies yang tinggi / hutan oak dan fasies yang rendah / campuran 'rhododendron').


Hutan Campuran Montane - yang lebih bawah

Berlaku di dalam peringkat altitud 910 hingga 1,280m di lereng-lereng yang sangat curam. Tanahnya adalah kebanyakannya jenis liat dan gembur, dengan pembentukan lapisan 'mor' yang nipis di atas permatang. Hutan ini adalah sederhana tebal tapi kebanyakannya terdiri dari pokok-pokok yang berukuran kecil hingga sederhana. Beberapa spesis kaum damar juga masih dapat wujud. Pokok-pokok oak (spesis-spesis Lithocarpus dan Quercus) adalah kerap kali ditemui, bersama-sama dengan spesis-spesis Madhuca, Palaqium dan Payenadari keluarga sapotaceae. 'Gymnosperm' atau pokok konifer Podocarpus neriifolius adalah konstituen terpenting dari jenis ini.


Perkumpulan Tolong

Ditemui di antara ketinggian 700 dan 1,220m, di atas permatang-permatang yang lebar dengan kecuraman sederhana (kira-kira 30°). Tanahnya selalunya pasir yang sederhana dalam, teksturnya halus, biasanya bersama lapisan 'mor' nipis. Spesis utama ialah Agathis dammara di dalam dirian hutan yang berkelompok-kelompok.

Campuran Shorea coriacea

Taburannya adalah terhad dan bersetempat hanya pada ketinggian 910 hingga 1,100m. Ia mempunyai jarak dan jenis tanah yang serupa dari jenis tolong. Tapi taburan dua spesis utama, Shorea coriacea dan Agathis dammara, adalah tidak bertindih. Pada dulunya terjadi di permatang-permatang dengan tanah-tanah pasir yang tidak dalam, selalunya dengan pengaliran yang terhalang, yang mana mungkin diresap dengan kuatnya. Walaupun pokok-pokok Shorea coriacea tidak dapat mencapai ukuran yang sangat besar (yang jarang melebihi 80cm diameter), spesis ini adalah yang mendominasi hutan ini.

Hutan Oak (Montane yang lebih atas - Fasies Tinggi)

Terutamanya di atas permukaan yang sangat curam, tapi kawasan setempat yang lebih terlindung, di antara ketinggian 1,200 dan 1,500m. Hutan ini mengandungi pokok-pokok kecil (jarang melebihi 40cm diameter), tingginya hanya 10 hingga 15m, bentuknya kurang subur dan kebanyakannya berdahan rendah. Tingkatan yang lebih rendah biasanya tebal dan sukar untuk dilintasi.


Campuran Rhododendron (Montane yang Lebih Atas - Fasies Pendek)

Ditemui dalam jarak altitud 1,070 hingga 1,830m. Di aras ketinggian yang lebih rendah, ia terbatas kepada permatang-permatang yang sempit dan anak-anak bukit, tapi ia juga berlaku di atas permukaan yang sangat curam di ketinggian yang lebih tinggi. Tanah-tanahnya adalah berangka-rangka dengan permukaan lapisan berpaya yang terdedah. Tumbuhan rendah yang tebal termasuklah pokok-pokok seperti Dacrydium beccarii, Phyllocladus hypophyllus, Eugenia bankensis dan Calophyllum nodosum, yang mana terdapat sebagai pokok-pokok renek berbelukar. Spesis Ericaceae, khususnya rhododendron, adalah banyak dan begitu lumrah. Tumbuhan sumboi-sumboi, Nepenthes tentaculata dan N. stenophylla terdapat di aras ketinggian yang lebih rendah di dalam fasies. Sebaliknya, Nepenthes lowii hanya ditemui di aras ketinggian yang lebih rendah, seperti yang berdekatan dengan puncak Bt. Retak.

   
 


||
Khazanah Unik | Hutan Kita | Pengagihan | Balak Komersil | Hasil Tradisional Dari Hutan | Habitat Yang Dilindungi | Flora dan Fauna Liar ||

||
Negara | Tahun-Tahun Awal | Hutan | Industri Perhutanan | Perhutanan Masa Hadapan | Asas Perundangan | Perkembangan | Pelan Strategik | Rancangan | Ulasan | Polisi Pembangunan | Kelebihan | Maklumbalas ||

||
Halaman Utama | Kerajaan | Kementerian dan Jabatan | Mengenali Brunei | Berita On-line | Hubungan | Halaman Yang Berkaitan ||