Kayu-Kayu Balak Komersil Brunei Darussalam
Sekurang-kurangnya ada terdapat 48 jenis kayu balak atau kumpulan-kumpulan spesis
di negara ini yang diketahui nilai komersilnya. Ia dikelaskan menurut kebiasaan yang
diperolehi dari kebanyakan negara-negara Asia Tenggara ini. Hanya satu spesis dari
jenis kayu lembut, tolong atau bindang (Agathis borneensis) yang ada
dan ia diperolehi di aras ketinggian yang lebih tinggi dan juga di teres-teres pasir
di tanah rendah paya gambut. Ia dipandang tinggi sebagai kayu yang mempunyai hiasan
dan ukiran yang begitu menarik, terutamanya apabila digunakan sebagai panel kayu
dan penyudahan dalaman.
Kayu-kayu keras, sebaliknya, dikategorikan kepada tiga kumpulan, berdasarkan
kepada densiti, kekuatan dan ketahanan kayu. Kumpulan pertama terdiri dari kayu-kayu
keras berat, yang mempunyai densiti kayu dari pengeringan-udara melebihi 880
kg semeter padu, dan ia memang sangat bertahan lama. Contoh-contohnya ialah selangan
batu (spesis shorea yang berat) dan resak (spesis cotylelobium), yang mana
digunakan untuk tujuan asas pembinaan struktur. Sirap-sirap belian (Potoxylon
zwageri) telah pun menjadi tradisi digunakan bagi membuat bumbung rumah, dan
tidak hairan untuk kayu ini bertahan lama hingga 50 atau 60 tahun.
Kategori ke-dua mengandungi kayu-kayu keras sederhana berat, dengan densiti
650-880 kg semeter padu, kukuh tapi tidak dapat bertahan begitu lama secara semula
jadinya. Ini termasuklah kapur (spesis-spesis Dryobalanops), keruing (spesis-spesis
Dipterocarpus) dan kempas (Kompassia malaccensis). Bagi tempat-tempat
di mana kerosakan kayu adalah tidak menjadi masalah, balak-balak jenis ini boleh
digunakan sebagai bahan struktur. Jika tidak, ketahanannya boleh dipanjangkan dengan
nyata sekali menggunakan rawatan pengawetan.
Kayu-kayu keras ringan mengandungi tiga kumpulan. Densiti-densitinya adalah
kurang dari 650 kg semeter padu, dan digunakan bagi pelbagai tujuan. Di antara spesis-spesis
dalam kumpulan ini adalah meranti merah (spesis-spesis Shorea), nyatoh (spesis-spesis
sapotaceae), ramin (spesis-spesis Gonystylus), medang (spesis Lauraceae) dan
banyak lagi.