The Government of Brunei Darussalam


Memainkan Peranan Penting Dalam Alam Persekitaran, Pembangunan, Kemasyarakatan dan Ekonomi

Hutan Negara Brunei Darussalam dikategorikan menurut fungsi-fungsi utama ia dirancang untuk digunakan, seperti berikut:

Hutan-Hutan Perlindungan

  • Mengekalkan hutan-hutan di mana ia khususnya dirancang bagi melindungi tanah dan sumber-sumber air yang kritikal; mempertahankan kehijauan dan keindahan negara dan udara yang menyegarkan; menghalang atau mengurangkan kejadian-kejadian banjir, kemarau, hakisan, pencemaran dan masalah-masalah alam sekitar yang serupa; dan menyumbang kepada keseluruhan kestabilan ekologi negara ini.

Hutan-Hutan Pengeluaran

  • Hutan-hutan semula jadi dan buatan manusia, termasuklah ladang-ladang yang bukan balak, bagi bekalan hasil-hasil hutan yang berkekalan untuk negara ini.

Hutan-Hutan Rekreasi

  • Kawasan-kawasan yang dihutankan dengan ciri-ciri semula jadi yang telah dibangunkan bagi rekreasi luaran bagi menggalakkan kesejahteraan orang ramai dari segi kemasyarakatan, psikologi, jasmani dan ekonomi.

Hutan-Hutan Pemeliharaan

  • Hutan-hutan yang tidak tercemar yang diasingkan untuk dikekalkan dan menyimpan biodiversiti bagi kegunaan-kegunaan saintifik, pembelajaran dan yang berkaitan.

Taman Negara

  • Kawasan-kawasan dengan sifat-sifat geologi, topografi dan pembentukan-pembentukan lain yang tersendiri dan ciri-ciri menarik yang istimewa, dirizab untuk mempertahankan biologi tumbuhan dan komuniti binatang yang begitu banyak sekali perbezaan di antara satu dengan yang lain bagi manfaat masa kini dan juga generasi-generasi yang akan datang.

   
 


||
Khazanah Unik | Hutan Kita | Pengagihan | Balak Komersil | Hasil Tradisional Dari Hutan | Habitat Yang Dilindungi | Flora dan Fauna Liar ||

||
Negara | Tahun-Tahun Awal | Hutan | Industri Perhutanan | Perhutanan Masa Hadapan | Asas Perundangan | Perkembangan | Pelan Strategik | Rancangan | Ulasan | Polisi Pembangunan | Kelebihan | Maklumbalas ||

||
Halaman Utama | Kerajaan | Kementerian dan Jabatan | Mengenali Brunei | Berita On-line | Hubungan | Halaman Yang Berkaitan ||