Habitat Pelbagai Jenis Hidupan Liar yang Dilindungi
Tumbuh-tumbuhan semula jadi Negara Brunei Darussalam yang hutannya terus-menerus
menghijau dan yang demikian, kecuali spesis laut dan pantai, binatang-binatang asal
setempat dapat menyesuaikan diri, dan hanya bergantung hidup kepada hutan. Seperti
flora, fauna juga dicirikan oleh pelbagai tata susunan spesis, tiada yang mencapai
peringkat dominan di dalam satu-satu kawasan di bawah keadaan-keadaan semula jadi.
Bagi pemerhati-pemerhati biasa, kehidupan binatang adalah tidak begitu ketara.
Mamalia-Mamalia
Penduduk mamalia dan burung di Brunei Darussalam adalah serupa dengan yang di
Semenanjung Malaysia, Sumatra dan Borneo dari segi keseluruhannya. Ada kira-kira
100 jenis spesis mamalia yang tidak terbang, yang mana hampir separuh
adalah rodensia-rodensia (contohnya tupai-tupai, tikus-tikus dan landak-landak).
Tiga kumpulan mamalia yang aktif di waktu siang - tree shrews, tupai-tupai dan monyet-monyet
termasuklah dari jenis beruk. Mamalia-mamlia darat yang aktif pada waktu malam termasuk
shrew, moon-rat, pangolin, civet, kucing hutan, flying lemur dan tupai terbang. Ada
5 spesis mamalia daratan herbivoros - khinzir berjanggut, dua spesis mouse deer,
barking deer, dan rusa sambur. Kesemuanya hanya bergantung pada hutan untuk hidup.
Clouded leopard, sedikit lebih besar dari anjing, adalah spesis kucing
hutan yang terbesar sekali di Brunei Darussalam. Beruang madu juga wujud di negara
ini, dan satu-satunya spesis mamalia yang mempunyai potensi bahaya kepada manusia
di dalam hutan.
Dua spesis mamalia yang endemik wajar khusus dipaparkan di sini. Pertama ialah monyet
bangkatan (Nasalis larvatus), yang mana walaupun terhad pada hutan-hutan
dekat pantai dan sungai-sungai, adalah sebenarnya terhad kepada hutan-hutan bakau
sahaja. Spesis ini pakar di dalam permakanan daun-daunan dan sebab kenapa ia wujud
di dalam beberapa pembentukan hutan adalah satu misteri. Fungsi hidungnya yang panjang
lagi aneh juga belum diketahui. Yang ke-dua ialah tupai tanah berumbai-rumbai
(Rheithrosciurus macrotis), kira-kira 3.5cm panjang dan dengan ekor berbulu
lebat yang hampir sama panjang yang begitu menakjubkan sekali dan ia juga rodensia
yang jarang ditemui.
Ada beberapa bukti yang kurang jelas bahawa orang hutan (Pongo pygmaeus) berada
di Brunei Darussalam. Bagaimanapun, ada petanda-petanda yang kukuh akan kewujudannya,
tapi ia berkemungkinan menjadi pupus atau begitu sukar dijumpai oleh sebab-sebab
tertentu. Cuma yang hanya diketahui adalah fosil gigi gajah Borneo (Elephas
maximus) yang ditemui dari sebuah gua di Daerah Belait.
Lebih jauh lagi, spesis asal sapi hutan (Bos javanicus), dikenali dengan nama
tempatan sebagai tembadau, seladang atau banteng yang ditemui di Daerah Tutong,
tetapi juga telah jelas menjadi pupus. Nasib yang sama juga dihadapi oleh Asian
two-horned rhinoceros (Dicerorhinus sumatrensis) yang mana pernah hidup
di hutan-hutan belantara Brunei Darussalam.
Burung-Burung
Brunei Darussalam mempunyai lebih dari 300 spesis burung yang menetap
dari 390 spesis direkodkan bagi keseluruhan Borneo. Sejumlah majoritinya adalah penghuni-penghuni
hutan yang eksklusif. Semua 8 jenis spesis Borneo terdiri dari burung-burung besar
- helang, acang dan enggang - terdapat di negara ini. Paling nyatanya, kesemua kumpulan-kumpulan
burung adalah keseluruhannya tidak begitu menarik dan paroh-paroh mulutnya berwarna
kecoklat-coklatan, yang memakan serangga-serangga di bahagian-bahagian bawah kanopi
hutan. Ada 26 jenis spesis dari kumpulan ini berada di Brunei Darussalam.
The Bornean bristlehead (Pityriasis gymnocephala), seekor burung hitam yang
selalu membuat bising dengan kepala berwarna merah dan jingga, ditemui khususnya
di hutan-hutan paya gambut dan kerangas, dan hutan-hutan bertanah rata lainnya.
Reptilia-Reptilia
Terdapat dua spesis buaya di Brunei Darussalam -estuarine crocodile (Crocodylus
porosus) dan the false gharial (Tomistoma schlegelii). Kedua-duanya hidup
di dalam atau berdekatan dengan sungai atau hutan-hutan pesisiran pantai atau di
dalam tumbuh - tumbuhan di sekeliling tasek-tasek.