The Government of Brunei Darussalam


Hasil Tradisional Dari Hutan

Selain dari kayu balak, hutan juga merupakan sumber bagi produk-produk tradisional. Pada dulunya, getah dari pokok-pokok jelutong telah diambil dan dieksport. Ia telah digunakan di dalam pembuatan gula-gula getah. Cutch yang selalunya dituai-hasil dari kulit-kulit pokok bakau di hutan-hutan bakau; khususnya digunakan untuk menyamak kulit-kulit binatang. Arang dan kayu api sehingga pada hari ini masih lagi diperolehi dari hutan-hutan bakau. Dan sehingga ketika ini, binatang-binatang liar, rotan, buluh, daun-daun, serat-serat, kulit pokok, buah-buahan dan begitu banyak lagi benda-benda yang boleh dimanfaatkan dari hutan. Ia digunakan sepenuhnya bagi makanan, perubatan, pembinaan rumah-rumah dan penggunaan-penggunaan domestik dan perdagangan yang berhubungkait.

Untuk kegunaan makanan, pucuk-pucuk buluh (rabong), rotan (umbut), paku-pakis (paku dan lamiding) dan buah petai (parkia javanica) adalah sangat terkenal dijadikan sebagai sayur-sayuran. Buah-buahan dari terap (Artocarpus odoratissimus), kembayau (spesis-spesis Dacryodes), durian (spesis-spesis Durio) dan sebagainya adalah kegemaran-kegemaran orang-orang tempatan. Lebih-lebih lagi, beraneka jenis bahan-bahan yang diambil dari hutan difesyenkan menjadi perabot, kraftangan, perahu dan barang-barang tradisional lainnya.

Komoditi utama lain diperolehi dari hutan adalah tumbuh-tumbuhan perubatan dan yang berkaitan dengannya. Ia mempunyai kepentingan yang begitu besar di dalam kehidupan penduduk tempatan, terutama mereka-mereka yang tinggal dalam kawasan-kawasan pedalaman. Perubatan herba tradisional dan cara-cara rawatan semula jadi yang sudah ketinggalan, telah mendapat peningkatan minat di dalam pandangan sejagat. Bioteknologi dan kejuruteraan-hayat telah memberi peningkatan kepada industri-industri baru yang keseluruhannya berdasarkan ke atas biodiversiti tropika. Dari itu , dalam konteks ini, hutan-hutan semula jadi negara ini memainkan peranan ke atas pemeliharaan hutan yang semakin bernilai dan sosio-ekonomi di dalam pembangunan negara.

   
 


||
Khazanah Unik | Hutan Kita | Pengagihan | Balak Komersil | Hasil Tradisional Dari Hutan | Habitat Yang Dilindungi | Flora dan Fauna Liar ||

||
Negara | Tahun-Tahun Awal | Hutan | Industri Perhutanan | Perhutanan Masa Hadapan | Asas Perundangan | Perkembangan | Pelan Strategik | Rancangan | Ulasan | Polisi Pembangunan | Kelebihan | Maklumbalas ||

||
Halaman Utama | Kerajaan | Kementerian dan Jabatan | Mengenali Brunei | Berita On-line | Hubungan | Halaman Yang Berkaitan ||