The Government of Brunei Darussalam


Pengurusan Flora dan Fauna Hutan

Ekosistem hutan terdiri dari kesepaduan sesuatu yang hidup dan tidak hidup. Komponen yang hidup mengandungi binatang-binatang dan tumbuh-tumbuhan liar. Di dalam habitat semula jadi, mereka hidup bersama-sama dan berkaitan antara satu sama lain dengan cara yang sangat kompleks dan rumit untuk difahami. Mengurus mereka memerlukan pendekatan bersama-sama atau menyeluruh; mereka tidak boleh dianggap berasingan dan tidak juga dikira saling berbeza sama sekali.

Dari itu, Jabatan Perhutanan, diberikan mandat untuk mengurus dan membangun semua Hutan-Hutan Simpan, dengan mengambil pendekatan yang menyeluruh (holistik) terhadap pengurusan hutan. Ini melibatkan pertimbangan semua unsur-unsur ekosistem hutan. Lebih penting lagi, hidupan liar adalah bersepadu ke dalam program pembangunan dan pengurusan Jabatan.

Seperti yang dinyatakan pada yang lalu-lalu, kuasa yang sah bagi perlindungan hidupan liar adalah terletak pada Jabatan Muzium-Muzium Brunei di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Tidak kurang juga, Jabatan Perhutanan tetap menyelaraskan bersama-sama dengan Muzium-Muzium Brunei di dalam perkara-perkara yang berhubungkait dengan hidupan liar.

   
 


||
Khazanah Unik | Hutan Kita | Pengagihan | Balak Komersil | Hasil Tradisional Dari Hutan | Habitat Yang Dilindungi | Flora dan Fauna Liar ||

||
Negara | Tahun-Tahun Awal | Hutan | Industri Perhutanan | Perhutanan Masa Hadapan | Asas Perundangan | Perkembangan | Pelan Strategik | Rancangan | Ulasan | Polisi Pembangunan | Kelebihan | Maklumbalas ||

||
Halaman Utama | Kerajaan | Kementerian dan Jabatan | Mengenali Brunei | Berita On-line | Hubungan | Halaman Yang Berkaitan ||