Geologi
Negara ini pada keseluruhannya dijadikan dari batu-batuan sedimen tertiar,
yang keras yang berkurun lama, terutama sekali pergunungan di bahagian timur dan
selatan-timur Temburong.
Tanah-tanah rendah yang berbentuk lembangan di bahagian barat dilingkungi
oleh batu-batuan sedimen yang sedang berlipat-lipat, lebih muda dari asal tertiar.
Kawasan-kawasan seperti ini banyak diperolehi di daerah Brunei-Muara, dan di
pedalaman daerah-daerah Tutong dan Belait. Lembangan-lembangan sinklinal bahagian
atas ini mendasari tanah-tanah rendah persisir pantai adalah secara topografi diperlihatkan
dengan jelas oleh garisan-garisan dari permatang-permatang yang panjang. Lingkaran-lingkaran
lembangan sinklinal beransur-ansur meningkat dari kumpulan bukit yang rendah, dikelilingi
oleh paya-paya, kepada permatang-permatang bukit yang begitu jelas dari ketinggiannya.
Bahagian lereng-lereng bukit pula terbentuk dari batu-batuan sedimen kuarternari
yang sudah berkurun lama, selalunya dari batu dan pasir yang sudah berpecah-pecah,
yang dijumpai di dalam lembah-lemabah sungai utama dan juga di sepanjang kawasan
pantai di antara Tutong dan Muara.